Followers

visitor =)

counter

Saturday, August 4, 2012

Ujian Kenaikan Tali Pinggang 2012.

Assalamualaikum Kawan-kawan , kami mohon doa kawan-kawan untuk mendoakan semua ahli Kelab MATSA PONTIAN yang akan terlibat dalam ujian kenaikan Tali Pinggang 2012 pada petang ini lulus dengan cemerlang .

Walaupun dalam bulan puasa ujian ini dijalankan harap Ahli yang terlibat akan lebih bersemangat untuk membuat teknik-teknik yang telah dipelajari .
Seterusnya , kepada Ahli baru kelab MATSA PONTIAN Semoga kamu semua berjaya melangkah ke peringkat seterusnya . Walaupun baru kali pertama mengambil ujian ini .

Info ujian :-

Hari : Ahad
Tarikh : 5 Ogos 2012
Masa : 3:00 petang - 6:00 petang .

Admin :eyah_97

Friday, July 20, 2012

Salam Ramadhan Al- Mubarak .



Syukur Kepada Allah Kita masih di berikan peluang untuk menunaikan ibadah puasa . Semoga puasa kita pada tahun ini lebih barakah' .

# Kepada semua pelajar Kelab MATSA Pontian : SETIAP Hari AHAD jam 5:00 ptg - 6:00 ptg Latihan diadakan di Dewan Sk Bandar Pontian seperti biasa . Harap semua pelajar dapat menghadirkan diri kerana ujian kenaikan tali pinggang sudah hampir .

TERIMA KASIH :)

Grand Final TM 2012


Assalamualaikum readers , terima kasih pada kawan-kawan yang selalu follow cerita dalam blog MATSA . Terima Kasih sangat . Doakan semoga kami semua di Team MATSA peroleh rezeki dan diredhai Allah dalam hidup .

Hari ni , admin nak share kejayaan dua orang peserta dari MATSA PONTIAN iaitu
Dwi Regina dan Nurul Atiqah Amirah telah berjaya sampai ke Grand Final TM yang di adakan pada 13-15 July di Stadium Badminton Cheras .

Alhamdullilah , Dwi Regina berjaya memperoleh pingat perak dan Nurul Atiqah Amirah pingat emas . Terima Kasih kepada Coach Sir Hery yang sentiasa memberi sokongan dan semangat kepada mereka sepanjang mereka di K.Lumpur , seterusnya senior kami Kak Gressia Yolanda yang memberi tunjuk ajar kepada mereka semas2 berjuang , ibu bapa , dan rakan rakan yang turut memberi dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan kami .

Semoga kejohanan kejohanan akan datang juga memberi lebih banyak kejayaan kepada Team MATSA . Insyallah . .

Saturday, July 7, 2012

Majlis Kesyukuran .

Alhamdullilah . Hari ni selesai satu majlis ringkas yang dilaksanakan oleh ahli keluarga Gressia dan dibantu oleh ibu bapa pelajar lain. Majlis ini  bertujuan tanda kesyukuran kerana senior kami Gressia Yolanda berjaya merangkul pingat perak di sukan Malaysia .

KEJAYAAN ITU TANDA ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA ♥

Friday, July 6, 2012

SUKMA Pahang : Gressia Yolanda (johor)



Assalamualaikum dan salam sejahtera . . Alhamdullilah panjang umur lagi kita semua untuk berkongsi cerita bersama . Harap kawan kawan sihat walafiat :)
    Kami di MATSA Pontian ingin bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan kawan kawan semua . Semalam 5 July 2012 salah seorang senior dari Team MATSA PONTIAN telah mewakili Negeri
Johor dalam Sukan Malaysia ( SUKMA ) . Ucapan setinggi Tahniah kepada GRESSIA YOLANDA kerana berjaya memperoleh pingat Perak . Alhamdullilah , rezeki Gressia hanya mampu memperoleh tempat kedua . Tetapi beliau  telah buat yang terbaik dan membanggakan Coach Sir Hery dan keluarga serta kawan kawan di Kelab MATSA juga Team Johor .
   Kami mendoakan kejayaan untuk Gressia terus berjaya di masa akan datang .

Saturday, June 9, 2012

UM MBW TAEKWONDO OPEN 2012

Assalamuailaikum dan salam. sejahtera rakan rakan , blogger . Macam mana dengan cuti sekolah rakan rakan yang sudah seminggu berlalu . Mesti sudah penuh photo album dengan percutian ke tempat tempat yang menarik kan?? .

Team MATSA baru sahaja menyertai kejohanan 'UM MBW TAEKWONDO OPEN ' pada 2 dan 3
JUNE 2012. Kami sungguh gembira kerana berpeluang untuk ke kejohanan yang mempunyai peserta yang hebat . Di kejohanan kali ini , kami berpeluang meyaksikan peserta dari luar negara iaitu HONG KONG , INDONESIA dan SINGGAPURA mempersembahkan corak permainan yang amat mengkagumkan . Selain dapat menyaksikan corak permainan mereka . Ada juga peserta daripada MATSA PONTIAN dapat berlawan dengan negara luar iaitu SINGGAPURA . Itu satu penglaman yang berharga kepada kita .

MATSA PONTIAN telah menghantar seramai 9 ORANG peserta dan MATSA BANGSAR telah menghantar seramai 4 ORANG peserta .
Alhamdullilah, Kami dari MATSA PONTIAN berjaya membawa pulang 3 EMAS , 2 PERAK , 2 GANGSA dan 1 piala overall champion 7-9 female . Bersyukur sangat kerana ini semua rezeki masing masing . Mungkin pada yang kalah ada rezeki yang akan datang pada lain kejohanan .
Tidak lupa juga, Peserta dari MATSA BANGSAR yang berjaya membawa pulang 1 PERAK dan 2 GANGSA .

Setinggi tahniah , diucapkan kepada para peserta yang berjaya di Kejohanan ini . Kepada yang tidak berjaya , teruskan lagi usaha anda untuk berjaya di masa akan datang .

# TIADA orang yang berjaya tanpa USAHA . Percaya pada diri bahawa setiap kejayaan yang datang adalah rezeki yang datang daripada Tuhan dengan adanya usaha daripada diri kita sendiri ♥

→CHAMPION tidak selalu berada dia atas .Jika kita jatuh berusaha lah untuk kita bangkit . 'SIR HERY' ♥




posted from Bloggeroid

Sunday, January 29, 2012

INFO : CUTI LATIHAN

Assalamualaikum dan Selamat pertang Readers , Bloggers and Facebookers ...





INFO : Cuti LATIHAN BASIC sempena Sambutan Maulidur Rasul pada :-

  • HARI : AHAD
  • TARIKH : 5 FEB 2012


Latihan akan bermula pada :

  • HARI : AHAD
  • TARIKH : 12 FEB 2012
  • MASA : 9.00-12.00 PAGI
  • TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN
# Selamat Menyambut Sambutan Maulidur Rasul ....

Saturday, January 21, 2012

Gong Xi Fa Cai .

HYE ! Readers and Bloggers .

Kami dari Kelab MATSA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat semua para-para pembaca Blog MATSA dan rakan-rakan yang berbangsa cina . Semoga semuanya gembira disisi keluarga tercinta .

Pesanan buat semua rakan-rakan yang mengikuti kelas Sparring . Walaupun kita sedang bercuti menyambut Tahun Baru Cina . Latihan akan diteruskan pada :
  • HARI : RABU
  • TARIKH : 25 JANUARI 2012
  • MASA :8.00 - 10.00 MALAM.
---# semoga semua gembira bercuti ....

Monday, January 2, 2012

Waktu Latihan 2012

Selamat Sejahtera Readers ,Bloggers ...

Kepada semua rakan-rakan dari Kelab MATSA PONTIAN. Latihan akan bermula :-

  • HARI : AHAD
  • TARIKH : 8 JANUARI 2012 
  • MASA : 9:00 - 12:00 PAGI
  • TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN .
Sekiranya ada perubahan Jurulatih akan diberi tahu ..

# Semoga kita berjumpa lagi ... Selamat Tahun Baru ....

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT HARI LAHIR SIR HERY .

Assalamualaikum Readers dan Bloggers ..

01.01.2012....
S I R  . HERY P.RIANTO

Selamat hari lahir ,
Selamat hari lahir,
Selamat hari lahir SIR HERY ..
Selamat hari lahirrrrr ...



Terima Kasih dan Halalkan untuk segala ilmu yang Sir telah curahkan dan berkongsi kepada kami pada tahun 2011 dan tahun-tahun sebelum ini. Sedar tak sedar sudah 6 tahun Sir menjadi jurulatih dan cikgu yang baik untuk anak-anak Pontian .

--#-- Kami mendoakan semoga Sir HERY P.RIANTO dipanjangkan umur untuk mendidik kami dan dimurahkan rezeki ...aminnnnnn ....

" Kejayaan kita bermula dari seorang GURU "