Followers

visitor =)

counter

Wednesday, October 19, 2011

Demo Pada Hari Sukan Sekolah STMI (1)

Assalamualaikum dan Selam sejahtera.


Pada tanggal 19 October 2011 Kelab Taekwondo Matsa telah mengadakan demo yang ke-2 di Sekolah Tengku Mahmood Iskandar (1) semasa  berlangsungnya perasmian Hari Sukan Sekolah 2011. Taniah kepada Ahli Kelab Matsa dari STMI (1) anda semua sudah buat yang terbaik!.

#belajar dengan melihat lagi mudah dari mendengar ,

Tuesday, October 4, 2011

2ND-TM (WTF)-NSC-MILONATIONAL JUNIOR TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2011

Assalamualaikum dan Selamat pagi.

Mesti ramai peserta taekwondo yang masih rasa gembira , kerana pada 2 hari yang lalu Taekwondo Malaysia (TM) telah mengadakan kejohanan di Stadium Badminton Cheras. Pada Tahun 2011 ini adalah kejohanan ke 4 bagi Team MATSA PONTIAN.

Team MATSA PONTIAN telah menghantar seramai 10 orang peserta. Alhamdullilah,dengan izin Allah . Team MATSA PONTIAN telah berjaya membawa pulang sebanyak 4 GANGSA. Pekara ini telah menunjukkan peningkatan bagi Team Matsa. Ini kerana pada tahun 2010 Team MATSA hanya berjaya memperoleh sebanyak 1Gangsa dan 1Perak. syabasss!!!!

#PESERTA :



  • Mohd Akmal Azizi    :GANGSA
  • Nur Syazwina           :GANGSA
  • Dwi Regina               :GANGSA
  • Nurul Atiqah Amirah :GANGSA 

  • Mohd Nur Izzam
  • Nur Izzah Azizah
  • Mohd Afiq
  • Mohd Wafiy
  • Nur Amirah Amani
  • Nur Nazareen Najwa
Taniah untuk semua yang berjaya. Kepada kawan-kawan dari seluruh  klub Taekwondo Malaysia kami dari Team MATSA mengucapkan taniah kepada kamu semua semoga terus berjaya di masa akan datang.
Kepada peserta Team MATSA terus kan kejayaan bagi yang berjaya , yang kecundang tengkatkan usaha lagi insyallah suatu masa kejayaan pasti akan tiba.

# BERUSAHA UNTU BERJAYA #

Friday, July 29, 2011

KEJOHANAN TAEKWONDO REMAJA JOHOR 2011/PEMILIHAN SKUAD SUKMA 2012

Assalamualaikum ..... semua sihat ke?. Harap semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sejahtera. Negeri Johor baru sahaja membuat pemilihan Skuad sukma dan Kejohanan Taekwondo Bakat Terbuka Johor. Peserta hanya berumur dari 9 tahun dan ke atas.

Alhamdullilah . Rezeki kami! yang berjaya Taniah untuk anda. Kerana berjaya membawa pingat yang di idamkan. Kejohanan ini berlangsung selama 3 hari berturut-turut bermula pada hari Sabtu,Ahad dan Isnin.

Pada hari Sabtu bermulanya perjuangan Dwi Regina ,Muhammad Afiq, dan Nurul Atiqah. Dalam katogeri 14-17 tahun. Pada hari pertama Team MATSA telas berjaya mendapat 1 Emas dan 2 Perak.

  • Dwi Regina         : PERAK
  • Mohd Afiq          : PERAK
  • Nurul Atiqah       : EMAS
Taniah untuk mereka!...

Selepas hari yang pertama, iaitu hari Ahad. Kategori 9-13 tahun Lelaki. Team MATSA telah menghantar seramai 6 orang. Alhamdullilah Team MATSA berjaya mendapat 1 perak dan 2 gangsa.

  • Akmal Azizi         : PERAK
  • Mohd Nur Izzam : GANGSA
  • Syamin               : GANGSA
Hari ketiga iaitu pada hari Isnin, Kategori 9-13 Perempuan dan 15-20 tahun (P/L Skuad sukma) . Team MATSA telah berjaya membawa pulang 1 emas, 2 perak dan 2 gangsa.
  • Nur Izzah Azizah      : EMAS
  • Nur Amirah Amani   : PERAK
  • Nur Syazwina          : GANGSA
  • Nur Nazareen Najwa: GANGSA
Kategori 15-20 tahun :
  • Gressia Yolanda : PERAK
Keseluruhan Team MATSA berjaya memperoleh 2 EMAS, 5 PERAK dan 4 GANGSA.

good job! all. 

Thursday, May 5, 2011

2ND KEPONG OPEN TAEKWONDO CHAMPIOSHIP 2011

Assalamualaikum dan selamat malam. Selesai sudah kejohanan di Kepong. Alhamdullilah semua peserta ,ibu bapa dan jurulatih Team MATSA telah selamat pulang dengan perjalanan yang lancar. Walaupun semasa pulang hujan agak lebat .Alhamdullilah kami tetap sampai dengan selamat.

Taniah kepada yang memenangi pingat emas,perak mahupun gangsa anda semua telah berjaya mengharumkan nama MATSA. Teruskan kejayaan anda semua untuk terus maju dalam sukan taekwondo. Pada siapa yang tidak berjaya jangan bersedih. Suatu hari kita juga akan dapat macam mereka yang pentiang perlukan usaha yang lebih dan sentiasa lah berdoa kepada Allah S.W.T untuk kejayaan kita.

Kenangan kita bersama :

cerianya mereka !!

Taniah untuk anda semua.
teruskan kejayaan ini!


Taniah Izzam!

Taniah Azizi..

ONE AND ONLY MATSA!!


Kasih sayang seorang jurulatih.

Wednesday, April 27, 2011

INFO : PERJALANAN KE KEPONG


DOA UNTUK KAMI :

Doa kan perjalanan kami malam ni selamat dan di berkati allah. Semoga semuanya berjalan lancar dan tiba dengan selamat.aminn


 PEMBERITAHUAN

KEJOHANAN TAEKWONDO 2ND KEPONG

#Dimaklumkan kepada ibu bapa dan peserta yang terlibat agar dapat 
berkumpul di masa yang di tetapkan ::

  • TEMPAT: SEKOLAH KEB.TENGKU MAHMOOD ISKANDAR (1)
  • MASA    : 12.00 MALAM (BAS DIJANGKA BERTOLAK PUKUL 1.00PAGI
  • TARIKH : 1 MEI 2011 (SABTU MALAM)
P/S= SILA PASTIKAN SMEUA PERALATAN DAN BAJU UNIFORM YANG LENKAP DIBAWA.

wahai teman-teman doa kan kami semua menjadi JUARA pada hari tournament sebenarnya. 
terima kasih semua..